JKR Sabah Minta Pejabat Daerah Senaraikan Status Jalan Terkini | Sabah News

JKR Sabah Minta Pejabat Daerah Senaraikan Status Jalan Terkini | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

ALI AHMAD HAMID.. Pengarah JKR…

KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Kerja Raya Sabah meminta agar semua Pejabat Daerah di negeri ini untuk menyerahkan status jalan terkini di kawasan masing-masing.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Ir. Haji Ali Ahmad berkata, perkara itu bagi lebih mengetahui jalan yang memerlukan pembaikpulihan atau penyelenggaraan agar tindakan sewajarnya dapat dilakukan.

“Status jalan sahih yang diperoleh dan bukan dibawah seliaan KKRS, akan membolehkan KKRS memohon dana dan perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap jalan tersebut…

“Sekaligus ini dapat menyegerakan proses baik pulih atau proses penyelenggaraan khususnya terhadap jalan-jalan yang rosak,” katanya.

Beliau berkata agak sukar mengelak persepsi masyarakat apabila berlaku isu-isu kerosakan jalanraya di mana semuanya dikaitkan dengan JKR walaupun jalan yang diadukan ataupun diviralkan di media sosial bukanya dibawah penyelanggaran JKR.

Menurut Ali, banyak ketegori jalan, antaranya jalan persekutuan, jalan pertanian, jalan ladang, jalan pihak berkuasa tempatan atau jalan dari agensi lain yang berada di luar bidang kuasa JKR untuk memperbaikinya apabila berlaku keroskan.

“Dengan adanya status jalan ini ia akan memudahkan pihak JKR membuat tindakan susulan terutamanya bagi jalan yang tidak berstatus…

“Pihak JKR akan membantu Pejabat Daerah berkenaan untuk memasukkan jalan dimaksudkan ke dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) dan Sabah Road Record Information System (SARRIS) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Ali jika status jalan ini diperolehi, pihak JKR akan menghantar pegawai untuk melakukan pengukuran dan mengenal pasti nama jalan kemudian memasukkannya ke dalam senarai MARRIS.

“Sudah tentu jika peruntukan segara tidak dapat dilaksanakan pada tahun yang sama, ianya akan dipohon pada tahun berikutnya…

“Sebab itu JKR memerlukan status jalan dari pihak pejabat daerah di kawasan masing-masing,” tambah beliau.

Ali berkata pihaknya telah pun mengemukan surat berhubung perkara ini kepada pihak Kementerian Kerajaan Tempatan agar setiap Pejabat Daerah memberikan kerjasama bagi mengenal pasti status jalan di kawasan masing-masing.

“Setakat ini ada tiga pejabat daerah sudah menghantarnya antaranya Pejabat Saerah Nabawan dan Tenom…

“Pihak JKR sentiasa komited dalam setiap aduan dilaporkan orang awam berhubung jalan-jalan rosak di negeri ini yang mana, pegawai jabatan akan segera dihantar untuk memeriksa dan menilai jalan yang dilaporkan dan melakukan penyelanggaran jika jalan yang diadukan dibawah seliaan JKR,” katanya.