Jadi Pengguna Bijak: David | Sabah News

Jadi Pengguna Bijak: David | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





David Chan…

KOTA KINABALU, SABAH – Pengguna harus bijak dalam membandingkan harga barangan yang tidak dikawal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar tidak ditipu.

Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan meminta pengguna sebelum membeli barangan yang tidak dikawal oleh KPDNHEP, pengguna disarankan untuk membandingkan harga di kedai-kedai lain.

Beliau berkata pennguna perlu bijak untuk membandingkan harga yang berpatutan untuk mengelakkan mereka ditipu atau membayar harga lebih tinggi…

Dalam kita membuat perbandingan harga, kita perlu juga meneliti kualiti barangan terbabit. Pengguna perlu bijak dan sedar akan hak masing-masing dalam membeli barangan, ujarnya.

“Tindakan sewajarnya akan diambil oleh pihak penguatkuasa sekiranya harga diletakkan oleh peniaga tidak masuk akal, jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas melawat bazaar Ramadan sekitar bandaraya Kota Kinabalu di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, persatuan pengguna sering menerima aduan daripada orang ramai mengenai di beberapa pasar raya dan kedai borong di sekitar bandaraya ini mendapati stok minyak masak paket sukar didapati. Selain harga makanan yang dijual di bazaar Ramadan agak mahal daripada kebiasaan.

Orang ramai boleh membantu KPDNHEP Sabah dengan melaporkan setiap kesalahan dengan menggunakan nombor talian 088-484368 (KPDNHEP Kota Kinabalu), Whatsapp 019-2794317 (Aduan Pengguna) atau email e-aduan@kpdnhep.gov.my.