COVID-19: Sabah Catat 60 Kes Baharu | Sabah News

COVID-19: Sabah Catat 60 Kes Baharu | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes hari ini baharu turun sedikit kepada 60 KES berbanding 65 kes pada Sabtu.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah daerah yang merekodkan penurunan kes baharu dan daerah yang mencatatkan pertambahan agak seimbang.

“Sebanyak 10 daerah mencatatkan penurunan kes dan lapan (8) daerah mencatatkan peningkatan kes… 

“Sembilan (9) daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam,” katanya.

Kota Kinabalu dengan 26 kes baharu (+6) merupakan satu-satunya daerah di Sabah yang mencatatkan jangkitan baharu dua angka.

Sebanyak 15 daerah mencatatkan kes satu angka dengan 10 daripada daerah tersebut mencatatkan 1 atau 2 kes sahaja.

Tidak ada kes baharu dicatatkan di 11 daerah lain dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Hampir 57 peratus daripada semua kes baharu hari ini adalah melalui jangkitan sporadik berbanding 26.7 peratus melalui saringan kontak rapat. 

“Statistik ini merupakan satu peringatan bahawa risiko jangkitan di tempat-tempat awam yang penuh sesak masih tinggi. 

“Amatlah disarankan agar masyarakat mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ketika berkunjung ke pusat-pusat membeli belah dan bazaar Ramadhan bagi mengurangkan risiko jangkitan,” tegas Masidi.

Hanya terdapat satu pesakit masing-masing dalam Kategori 3 dan Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin.

Kota Kinabalu 26 (20)

Putatan 6 (0)

Keningau 4 (4)

Penampang 4 (6)

Kudat 3 (1)

Papar 3 (9)

Beaufort 2 (1)

Kuala Penyu 2 (1)

Sandakan 2 (4)

Tenom 2 (1)

Kinabatangan 1 (1)

Kota Marudu 1 (5)

Pitas 1 (0)

Ranau 1 (0)

Tawau 1 (3)

Tuaran 1 (2)

Beluran 0 (0)

Kalabakan 0 (1)

Kota Belud 0 (3)

Kunak 0 (0)

Lahad Datu 0 (0)

Nabawan 0 (1)

Semporna 0 (2)

Sipitang 0 (0)

Tambunan 0 (0)

Telupid 0 (0)

Tongod 0 (0)