Baju Raya Untuk Pelajar Kurang Mampu | Sabah News

Baju Raya Untuk Pelajar Kurang Mampu | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Yang Dipertua PIBG Maktab Sabah, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor dan jawatankuasa persatuan itu memilih baju Hari Raya untuk pelajar kurang mampu sempena Program Shopping Raya anjuran persatuan itu di Emadira Textile Mal Kota Kinabalu, hari ini…

KOTA KINABALU, SABAH – Keriangan jelas tergambar pada wajah 10 orang pelajar golongan kurang berkemampuan dari Sekolah Maktab Sabah ketika membeli baju raya di Kedai Pakaian Emadira, di pusat bandar sini, hari ini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) Maktab Sabah, Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor berkata, seramai tiga pelajar lelaki dan tujuh perempuan dari Tingkatan 2 hingga Tingkatan 6 telah dipilih bagi menerima sumbangan baju baru sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Program tahunan ini telah diadakan setiap tahun dan sejak 12 tahun saya dipilih menerajui PIBG dengan tujuan membantu mengurangkan beban pelajar tersebut disamping membawa keceriaan kepada mereka dalam menyambut Hari Raya.

Fatimah bergambar kenangan bersama 10 pelajar yang kurang berkemampuan…

“Setiap seorang membeli baju raya bernilai RM150,” katanya…

Fatimah turut meminta ibu bapa tidak lupa mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan sepanjang menyambut bulan Ramadan ini.

Beliau berkata, ini kerana meskipun negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April lalu, sekali gus membenarkan umat Islam menunaikan solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal di semua masjid dan surau, tetapi pematuhan kepada beberapa SOP perlu diteruskan.

Fatimah turut meluahkan rasa bersyukur apabila dapat menyambut bulan Ramadan seperti biasa sebelum COVID-19 melanda dua tahun lalu.

Hadir sama Pengetua Nurani Fauziah Derin, Penolong Kanan Pelajar, Samsiah Al-Malek dan penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Zunaidah Zakaria.