Jumlah Jangkitan COVID-19 Sabah Kembali Kepada Dua Angka | Sabah News

Jumlah Jangkitan COVID-19 Sabah Kembali Kepada Dua Angka | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan harian kembali dua angka dengan 65 kes baharu iaitu 84 lebih rendah daripada jumlah kelmarin.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, setelah dikejutkan dengan pengisytiharan kluster pendidikan baharu di Lahad Datu semalam, keadaan di semua daerah di Sabah nampak stabil dan terkawal.

“Cuma satu daerah yang mencatatkan kes baharu dua angka, iaitu Kota Kinabalu dengan 20 kes (+7)…

“Daerah sekitar Kota Kinabalu seperti Tuaran (2), Penampang (6) dan Papar (9) juga mencatatkan jumlah kes baharu yang rendah, malah tidak ada kes baharu direkodkan di Putatan,” katanya dalam rumusan harian kes.

Menurutnya, tidak ada tambahan kepada jumlah kes positif dikalangan pelajar di Kluster SM Sains Lahad Datu setakat ini dan daerah tersebut juga tidak mencatat sebarang kes baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

“Sebanyak 16 daerah mencatatkan kes harian satu angka dan 7 daripada daerah tersebut masing-masing merekodkan hanya satu (1) kes baharu…

“Tidak ada jangkitan baharu di rekodkan di 10 daerah. Daerah2 tersebut ialah, Beluran, Kunak, Lahad Datu, Pitas, Putatan, Ranau, Sipitang, Tambunan, Telupid dan Tongod,” jelasnya.

Terdapat dua (2) orang masing-masing dalam Kategori 3 dan 5 manakala seorang (1) dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (23 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 20 (13)
Papar 9 (7)
Penampang 6 (10)
Kota Marudu 5 (0)
Keningau 4 (6)
Sandakan 4 (18)
Kota Belud 3 (4)
Tawau 3 (3)
Semporna 2 (4)
Tuaran 2 (6)
Beaufort 1 (8)
Kalabakan 1 (2)
Kinabatangan 1 (2)
Kuala Penyu 1 (2)
Kudat 1 (3)
Nabawan 1 (0)
Tenom 1 (4)
Beluran 0 (2)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (40)
Pitas 0 (1)
Putatan 0 (8)
Ranau 0 (1)
Sipitang 0 (2)
Tambunan 0 (2)
Telupid 0 (1)
Tongod 0 (0)