Dua Cedera Parah Terlanggar Pokok | Sabah News

Dua Cedera Parah Terlanggar Pokok | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KENINGAU: Dua lelaki cedera parah selepas kenderaan Toyota Hilux yang dinaiki mereka hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di Jalan Apin-Apin sini semalam.

Panggilan kecemasan diterima pada jam 9.10 malam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan identiti kedua mangsa iaitu si pemandu, Tangyun Samudin, 53, dan penumpang, Jessfisus Deinnis, 21.

“Manakala seorang lagi penumpang lelaki, Nelson Solomon, 34, hanya mengalami cedera ringan…

“Kenderaan pacuan empat roda terbabit sebelum melanggar pokok telah terbabas pada bahu jalan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Tindakan pasukan Bomba mengeluarkan mangsa ke lokasi selamat serta memberikan rawatan awal (EMRS) sebelum diserahkan kepada Ambulan untuk dihantar ke Hospital.

“Pemeriksaan di sekitar lokasi dijalankan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 9.55 malam,” tambahnya.