Pelantun Lagu Patriotik Dan Bekas Pengulas Sukan Radio RTM, Jamaludin Alias Meninggal Dunia | Sabah News

Pelantun Lagu Patriotik Dan Bekas Pengulas Sukan Radio RTM, Jamaludin Alias Meninggal Dunia | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





BEKAS pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jamaludin Alias, 85, meninggal dunia hari ini…

KUALA LUMPUR – Penyanyi lagu patriotik negara dan bekas pengulas sukan terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jamaludin Alias, meninggalkan dunia hari ini.

Penyanyi lagu patriotik ‘Inilah Barisan Kita’ dan ‘Malaysia Berjaya’ serta ‘Perajurit Tanah Air’, meninggal dunia pada usia 85 tahun kira-kira 5 pagi tadi akibat sakit tua.

Anaknya yang dikenali sebagai Fazli ketika mengesahkan perkara itu.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya selepas solat Jumaat hari ini.

Bekas pengulas sukan itu juga pernah bertugas ketika Sukan SEA Jakarta 1979 hingga Manila 1991, Sukan Asia Jakarta 1962 dan New Delhi 1982 serta Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Selain itu, beliau pernah membuat liputan secara langsung Piala Asia 1980 di Kuwait dan Hoki Piala Dunia di Bombay pada 1982.