KETUA MENTERI SERAH SUMBANGAN RAMADAN DAN AIDILFITRI | Sabah News

KETUA MENTERI SERAH SUMBANGAN RAMADAN DAN AIDILFITRI | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri kepada para penerima di majlis itu…

TUARAN, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri kepada anak-anak yatim, OKU, mualaf, pengerusi dan imam-imam masjid dan surau kawasan Parlimen Tuaran di Tembaraku, Kampung
Serusup, hari ini.

Seramai 180 orang menerima sumbangan berupa bakul makanan dan duit Hari Raya…

Sementara itu sebanyak 28 buah masjid dan 25 buah surau turut menerima sumbangan kurma…

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan Ramadan dan Aidilfitri kepada para penerima di majlis itu…

Setiap masjid menerima tujuh (7) kotak kurma dan surau menerima lima (5) kotak kurma untuk diagih-agihkan kepada jemaat.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, sumbangan itu serba sedikit dapat membantu meringankan sedikit beban golongan penerima menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Hadir sama Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abd Kassim Razali, Pegawai Daerah Tuaran, Encik Syahrin Samsir, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran, Encik Jamlin Ladin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Sulaman, Encik Haji Murneh Haji Lamsari.