Kes COVID-19 Di Sabah Melonjak Naik | Sabah News

Kes COVID-19 Di Sabah Melonjak Naik | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Datuk Masidi Manjun…

KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan baharu di Negeri Sabah melonjak naik kepada 149 kes hari ini iaitu pertambahan 64 kes berbanding semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pertambahan jumlah kes secara mendadak kepada tiga angka berpunca daripada dua faktor utama.

“Pertama, kluster baharu pendidikan yang diisytiharkan hari ini dan melibatkan pelajar-pelajar asrama Sekolah Menengah Sains di Lahad Datu yang setakat ini melibatkan 39 pelajar…

“Faktor kedua ialah jumlah daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu bertambah daripada lapan (8) daerah kelmarin kepada 17 daerah hari ini. 

“Cuma enam (6) daerah mencatatkan jumlah kes baharu yang lebih rendah daripada sebelumnya,” katanya dalam rumusan harian kes.

Empat (4) daerah mencatatkan kes dua angka iaitu Lahad Datu 40 kes (+36), Sandakan 18 kes (+11), Kota Kinabalu 13 kes (-14) dan Penampang 10 kes (+7).

Sebanyak 19 daerah mencatatkan kes satu angka dengan 14 daerah merekodkan kes baharu kurang daripada lima (5) kes, manakala empat (4) daerah lain iaitu Kota Marudu, Kunak, Nabawan dan Tongod tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini.

Mengulas lanjut tentang Kluster Jalan Segama Lahad Datu, Masidi berkata kes indeks merupakan seorang pelajar asrama lelaki yang berumur 16 tahun (Tingkatan 4).

“Indeks kes mula bergejala pada Isnin lalu dan menjalani saringan pada hari yang sama dan didapati positif. 

“Saringan terhadap kontak rapat (rakan seasrama) mendapati 38 pelajar lagi telah dijangkiti menjadikan jumlah pelajar yang positif setakat ini sebanyak 39 orang,” katanya.

Empat (4) orang pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 3, dua (2) dalam Kategori 4 dan seorang (1) lagi dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin. 

Lahad Datu 40 (4)

Sandakan 18 (7)

Kota Kinabalu 13 (27)

Penampang 10 (3)

Beaufort 8 (0)

Putatan 8 (0)

Papar 7 (3)

Keningau 6 (2)

Tuaran 6 (14)

Kota Belud 4 (2)

Semporna 4 (1)

Tenom 4 (2)

Kudat 3 (2)

Tawau 3 (4)

Beluran 2 (2)

Kalabakan 2 (0)

Kinabatangan 2 (0)

Kuala Penyu 2 (2)

Sipitang 2 (0)

Tambunan 2 (4)

Pitas 1 (0)

Ranau 1 (0)

Telupid 1 (0)

Kota Marudu 0 (5)

Kunak 0 (0)

Nabawan 0 (0)

Tongod 0 (1)