Jari Kanak-Kanak Tersepit Rantai Basikal | Sabah News

Jari Kanak-Kanak Tersepit Rantai Basikal | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Jari kanak-kanak yang terperangkap antara sproket dan rantai basikal. – Foto Ihsan Bomba…

LAHAD DATU, SABAH – Anggota pasukan Bomba Daerah Lahad Datu sempat berbuka puasa setelah berjaya membantu seorang kanak-kanak yang tersepit jari pada rantai basikal di Taman Harapan sini semalam.

Khidmat kemanusiaan itu datang setelah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 5.31 petang.

Seorang jurucakap untuk Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa merupakan kanak-kanak lelaki berumur lima tahun.

“Sepasukan enam anngota Bomba diketuai PBK II Pomolis Polin bertindak memotong rantai basikal menggunakan peralatan khas Bolt Cutter…

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain terlibat operasi ditamatkan pada jam 5.52 petang,” katanya dalam kenyataan.