Arahan Pembayaran Permit Masuk KDN Adalah Palsu – Imigresen Sabah | Sabah News

Arahan Pembayaran Permit Masuk KDN Adalah Palsu – Imigresen Sabah | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah…

KOTA KINABALU, SABAH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah JIM Negeri menasihatkan orang ramai agar tidak terperdaya dengan sindiket pemalsuan dokumen.

Pengarahnya, Sh Sitti Saleha Habib Yusoff menyeru orang awan untuk berhubung terus ke Pejabat Imigresen yang terdekat untuk mendapatkan maklumat yang tepat sekiranya ada pihak yang mendakwa boleh menguruskan dokumen dari JIM.

Perkara itu terbit selepas pihaknya menerima satu aduan yang mengatakan bahawa tular satu surat bertajuk ‘arahan pembayaran permit masuk Kementerian Dalam Negeri (KDN)’ yang kononnya dikeluarkan oleh JIM Negeri Sabah.

“Hasil semakan pihak JIM Negeri Sabah mendapati semua dokumen berkenaan adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan di Pejabat Imigresen Negeri Sabah…

“Sebarang aduan dan pelaporan boleh disalurkan terus ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Imigresen dilaman sesawang http://imi.spab.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru itu, katanya, JIM Negeri Sabah bersama agensi penguatkuasa yang lain memohon kerjasama dari rakyat Malaysia khususnya Negeri Sabah untuk melapor sebarang jenis dokumen imigresen yang meragukan bagi membendung serta membanteras kegiatan terbabit.

“Tanggungjawab ini bukan hanya digalas oleh pasukan keselamatan sahaja, namun ianya juga adalah tanggungjawab masyarakat dan rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.