Kerajaan Peka Terhadap Isu Gangguan Bekalan Air Di Sabah, Mengambil Tindakan Proaktif – Bung | Sabah News

Kerajaan Peka Terhadap Isu Gangguan Bekalan Air Di Sabah, Mengambil Tindakan Proaktif – Bung | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin…

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri khususnya Jabatan Air sentiasa peka terhadap isu gangguan bekalan yang berlaku di hampir seluruh daerah di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) berkata, isu ini bukan sahaja berlaku ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) malah sejak kerajaan sebelumnya termasuklah kerajaan Warisan dimana DAP turut berada di dalam kerajaan.

Katanya isu gangguan bekalan air di negeri ini berlaku ekoran permintaan yang semakin tinggi sementara gangguan juga sering berlaku apabila Loji Rawatan Air (LRA) yang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana sungai tidak dapat memberikan bekalan air secara konsisten serta tercemar menyebabkan bekalan air terjejas.

Selain itu, masalah kebocoran paip utama yang dibina sejak kerajaan Britisih yang tidak pernah ditukar dan turut menyumbang berlakunya gangguan bekalan air ialah penyambungan paip haram yang berlaku di sekitar Kota Kinabalu.

“Kerajaan negeri tidak berdiam diri atau berpeluk tubuh dalam mengatasi masalah ini…

“Tindakan jangka pandek kita membuat catuan, bagi membolehkan agihan dapat dilakukan agar penduduk yang terlibat tidak terus terjejas dan bantuan penghantaran bekalan air besrih akan di lakukan oleh Jabatan Air jika keadaan semakin kritikal,” katanya.

Beliau berkata demikian hari ini dalam satu kenyataan bagi memberikan maklum balas terhadap hantaran laman sosial Facebook milik Ahli Dewan Undangan Negeri Luyang, Phoong Jin Zhe.

Phoong dalam kenyataan tersebut berkata seolah-olah kerajaan dan menteri tidak melakukan sesuatu untuk menangani isu air tepi lebih banyak bercakap soal kontrak ladang dan kontrak keretapi.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerajaan Raya, Phoong harus sedar semasa mereka menjadi kerajaan (Warisan) dimana DAP juga berada dalam barisan kerajaan isu bekalan air di Sabah sudah berlaku.

“Namun mereka juga gagal untuk melakukan sesuatu untuk memperbaiki dan mempertingkatkan bekalan air di Sabah…

“Untuk jangka masa panjang, kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Perkhdmatan Air Sabah yang merupakan salah satu iniisiatif yang dimasukkan dalam hala tuju negeri Sabah

“Perkara ini telah pun dibincangkan dalam mesyuarat kabinet malah turut dicadangkan ialah menswastakan bekalan air di Sabah,” katanya.

Menurut Bung, apa sahaja yang terbaik untuk menangani isu bekalan air di Sabah akan dilaksanakan kerajaan.

“Walaupun begitu, perlu diingat…Hari ini kita merancang, agak mustahil esok boleh kita laksanakan. Ini bukan cerita lampu ajaib Aladdin,” jelasnya.

Bung mengingatkan Phoong agar tidak memutar belitkan isu air dengan isu-isu lain seperti Sky Train dan Kasino kerana itu bukanlah perkara pokok.

“Sebagai wakil rakyat saya harap beliau bersikap profesional dan tidak menutup pemikiran atau hilang akal semata-mata bagi menutup kelemahan sediri demi mengambil kredit politik,” tambahnya.