Jumlah Jangkitan COVID-19 Sabah Meningkat Lagi | Sabah News

Jumlah Jangkitan COVID-19 Sabah Meningkat Lagi | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu bertambah 2 kes sahaja berbanding kelmarin untuk menjadikan jumlah kes di Negeri Sabah hari ini sebanyak 85 KES.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, walaupun terdapat sedikit pertambahan pada angka jangkitan secara keseluruhan, 12 daerah mencatatkan penurunan kes baharu berbanding lapan (8) daerah yang mencatatkan peningkatan jangkitan baharu.

Tujuh (7) daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam.

“Kota Kinabalu kekal mencatat angka jangkitan baharu dua angka dengan 27 kes (+14) juga daerah Tuaran yang mencatat 14 kes (+9)…

“Sebanyak 15 daerah mencatatkan kes baharu satu angka dengan 13 daripada daerah tersebut hanya mencatatkan kes baharu antara 1 hingga 4 kes.

“Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di 10 daerah lain dalam tempoh 24 jam yang lalu,” jelasnya dalam rumusan harian kes.

Hanya masing-masing seorang (1) pesakit dalam Kategori 3 dan 5 manakala terdapat dua orang (2) dalam Kategori 4.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (21 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 27 (13)
Tuaran 14 (5)
Sandakan 7 (10)
Kota Marudu 5 (2)
Lahad Datu 4 (2)
Tambunan 4 (0)
Tawau 4 (8)
Papar 3 (6)
Penampang 3 (9)
Beluran 2 (2)
Keningau 2 (5)
Kota Belud 2 (1)
Kudat 2 (4)
Tenom 2 (3)
Semporna 1 (4)
Tongod 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (2)
Kunak 0 (2)
Nabawan 0 (2)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (0)
Ranau 0 (3)
Sipitang 0 (0)
Telupid 0 (0)