Cuaca Buruk Di Beberapa Tempat Di Sabah, Sarawak Petang Ini | Sabah News

Cuaca Buruk Di Beberapa Tempat Di Sabah, Sarawak Petang Ini | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar Hiasan…

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda Sabah dan Sarawak petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, keadaan tersebut dijangkakan berlaku sehingga lewat petang nanti.

“Manakala di Sabah membabitkan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Sandakan.

“Di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang,” kata MetMalaysia.

Sementara itu, keadaan cuaca di sebelah semenanjung dilaporkan cerah ketika ini sehingga awal malam nanti.