PROGRAM MOTHER’S DAY WALK ABREAST BERLANGSUNG MEI INI | Sabah News

PROGRAM MOTHER’S DAY WALK ABREAST BERLANGSUNG MEI INI | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag mendengar taklimat mengenai program Mother’s Day Walk Abreast ke-10 anjuran Kinabalu Pink Ribbon yang disampaikan oleh Presidennya, Laura…

KINABALU: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag telah menerima kunjungan hormat dari Persatuan Kinabalu Pink Ribbon, hari ini.

Kunjungan hormat di kediaman rasmi Ketua Menteri di Rumah Yayasan Sabah itu diketuai oleh Presiden Kinabalu Pink Ribbon Laura Bazan.

Dalam kunjungan hormat itu, Juliah telah menerima penerangan daripada Laura mengenai program Mother’s Day Walk Abreast ke-10 yang akan diadakan di Taman Perdana, Tanjung Aru pada 22 Mei.

Program itu adalah anjuran Kinabalu Pink Ribbon.