MOF Kekalkan Harga RON95, RON97, Diesel | Sabah News

MOF Kekalkan Harga RON95, RON97, Diesel | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar Hiasan…

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan bagi tempoh seminggu bermula Khamis hingga 27 April.

MOF berkata harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.81 dan RM2.05 seliter, manakala diesel ditetapkan RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter,” kata MOF dalam dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar MOF, keputusan tersebut dibuat sungguhpun harga pasaran sebenar bagi minyak telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,.

“Ianya dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” katanya.

Harga itu berdasarkan penetapan harga runcit produk petrolum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

MOF turut memaklumkan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.