Jumlah Jangkitan COVID-19 Sabah Meningkat Lagi Hari Ini | Sabah News

Jumlah Jangkitan COVID-19 Sabah Meningkat Lagi Hari Ini | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes baharu hari ini ialah 83 KES iaitu pertambahan empat (4) kes berbanding hari sebelumnya.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keadaan disemua daerah kekal stabil.

“Sebanyak 13 daerah merekodkan pertambahan jumlah jangkitan baharu berbanding sembilan (9) daerah yang mencatatkan penurunan kes…

“Kecuali Kota Kinabalu yang mencatat penurunan 13 kes, tidak ada perubahan angka yang signifikan di daerah lain, sama ada bertambah atau berkurangan,” katanya dalam rumusan harian kes.

Dalam pada itu, sebanyak lima (5) daerah mencatatkan jumlah yang sama seperti jumlah kelmarin.

Masidi turut menegaskan bahawa kadar jangkitan sporadik masih tinggi dan hari ini berada pada 54.2 peratus daripada semua kes baharu.

“Elak daripada lalai mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP). Kejayaan kita melawan pandemik banyak bergantung kepada sikap masyarakat sendiri,” katanya.

Tambahnya, dua (2) daerah mencatatkan kes baharu dua angka hari ini, iaitu Kota Kinabalu 13 kes (-13) dan Sandakan 10 kes (+4).

“Sebanyak 16 daerah lagi mencatatkan kes satu angka dengan 13 daripada daerah tersebut mencatat antara 1 hingga 5 kes baharu…

“Tidak ada kes baharu di sembilan (9) daerah iaitu Tambunan, Kuala Penyu, Telupid, Sipitang, Pitas, Beaufort, Tongod, Kalabakan dan Putatan,” beliau berkata.

Hanya terdapat dua (2) pesakit dalam Kategori 4 dan seorang lagi dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (20 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 13 (26)
Sandakan 10 (6)
Penampang 9 (5)
Tawau 8 (4)
Papar 6 (2)
Keningau 5 (2)
Tuaran 5 (5)
Semporna 4 (4)
Kudat 4 (2)
Ranau 3 (1)
Tenom 3 (2)
Beluran 2 (0)
Lahad Datu 2 (1)
Kinabatangan 2 (1)
Kota Marudu 2 (2)
Kunak 2 (0)
Nabawan 2 (0)
Kota Belud 1 (1)
Tambunan 0 (1)
Kuala Penyu 0 (2)
Telupid 0 (2)
Sipitang 0 (1)
Pitas 0 (1)
Beaufort 0 (5)
Tongod 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Putatan 0 (2)