Enggan Hari Jadinya Disambut, Pekerja Saman Syarikat RM1.9 Juta | Sabah News

Enggan Hari Jadinya Disambut, Pekerja Saman Syarikat RM1.9 Juta | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar sekadar hiasan…

KENTUCKY – Syarikat Gravity Diagnostics alami kerugian RM1.9 juta (AS$450,000) hanya kerana ingin meraikan majlis hari jadi seorang pekerja di syarikat itu.

Menurut WLKY-TV, beberapa hari sebelum sambutan hari jadinya yang diraikan secara rutin setiap 7 Ogos, pekerja tersebut dilaporkan meminta pengurus pejabat tidak meneruskan sambutannya kali ini.

Dia memberitahu mereka majlis sedemikian mencetuskan gangguan emosi terhadapnya dan “menjadi perhatian utama” menyebabkan dia mengalami serangan panik.

Pengurus itu bagaimanapun tidak mengendahkan permintaannya, sebaliknya meneruskan perancangan majlisnya pada waktu makan tengah hari di bilik rehat.

Lelaki itu dikatakan melari diri ke keretanya untuk makan tengah hari di tempat lain.

Keesokan harinya, lelaki tersebut diarah menghadiri mesyuarat dan dimarahi pihak atasan kerana tindakannya melarikan diri.

Selang tidak lama kemudian dia juga dipecat “kerana peristiwa minggu sebelumnya,” menurut maklumat dalam saman yang dikemukakan mangsa terhadap syarikat terbabit.

Dalam saman itu, bekas pekerja terbabit mendakwa syarikat tersebut tidak mengendahkan gangguan emosinya menyebabkan dia mengalami “kehilangan pendapatan dan faedah serta tekanan emosi serta kebimbangan mental.”

Juri Kenton County bersetuju dengan pendapatnya dan mengarah Syarikat Gravity Diagnostics membayar ganti rugi RM1.9 juta kepadanya.