Enam Warga Rohingya Maut Dilanggar Kenderaan Ketika Melarikan Diri | Sabah News

Enam Warga Rohingya Maut Dilanggar Kenderaan Ketika Melarikan Diri | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Antara sebahagian etnik Rohingya yang cuba meloloskan diri telah ditahan pihak berkuasa. – Facebook

SEBERANG PERAI – Cubaan ratusan etnik Rohingya untuk melarikan diri selepas lolos daripada Depoh Tahanan Relau, Bandar Baharu di Kulim, Kedah bertukar trajedi selepas seramai enam daripadanya maut dilanggar kenderaan ketika cuba menyeberangi jalan raya.

Antara yang maut adalah dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang terbunuh ketika cuba menyeberangi Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer (KM) 165 dekat Nibong Tebal pada pagi tadi.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kejadian berlaku ketika mereka bersama 229 etnik Rohingya yang lain cuba menyeberangi lebuh raya itu selepas meloloskan diri dari Depoh Tahanan Relau, Bandar Baharu di Kulim, Kedah kira-kira pukul 4.30 pagi.

Sejurus selepas insiden berkenaan, kumpulan warga asing tersebut kemudiannya tidak lagi berani melintas lebuh raya sejurus kejadian dan hanya menyelusuri bahu lebuh raya tanpa arah tuju…

“Kita kemudian berjaya menahan 229 di KM168 yang turut dibantu oleh sekumpulan anak muda yang menjejaki mereka.

“Orang kampung juga berjaya menahan 88 daripada mereka sebelum diserahkan kepada pihak imigresen,” katanya pada sidang akhbar, lapor Kosmo!.

Mengulas lanjut, pihaknya difahamkan seramai 528 daripada 663 warga asing di depoh berkenaan telah meloloskan diri.

“Ketika ini, kita buru 205 lagi mereka dan memerlukan tenaga yang sepenuhnya selain bantuan orang ramai diperlukan,” katanya…