AS Rayu Israel, Palestin Hentikan Konflik Keganasan | Sabah News

AS Rayu Israel, Palestin Hentikan Konflik Keganasan | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken…

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menggesa negara sekutunya Israel dan Palestin untuk berhenti bertelingkah dan segera tamatkan kitaran keganasan diantara kedua-dua negara tersebut.

Setiausaha Negara (AS), Antony Blinken memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan menerusi telefon secara berasingan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Yair Lapid.

Sementara itu, Blinken juga menekankan mengenai pentingnya Palestin dan Israel berusaha menamatkan kitaran keganasan…

dan mengelak daripada mengambil apa jua tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan.

Setiausaha negara itu juga mengulangi komitmen AS untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Palestin dan menyokong ke arah penyelesaian dua negara.

Selain itu, Blinken dan Lapid turut membincangkan usaha menghadapi cabaran global termasuk yang ditimbulkan Iran dan proksinya.