1,500 RUMAH MESRA SABAH MAJU JAYA AKAN DIBINA DI 73 KAWASAN DUN | Sabah News

1,500 RUMAH MESRA SABAH MAJU JAYA AKAN DIBINA DI 73 KAWASAN DUN | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor disambut oleh Datuk Azizah Dun sebaik tiba di SICC petang tadi…

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan bahawa geran khas bernilai RM125.6 juta untuk Sabah akan digunakan untuk membina sejumlah 1,500 unit Rumah Mesra SMJ di semua 73 DUN.

Beliau berkata, Rumah Mesra SMJ yang sebelum ini dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) akan diagihkan secara merata kepada semua kawasan di Sabah.

“Keputusan ini selaras dengan initiatif Haja Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Kerajaan Negeri untuk memastikan kesejahteraan rakyat supaya mereka akan mendapat akses kepada rumah mampu milik…

“Lebihan dana daripada peruntukan itu akan digunakan untuk membaiki jalan, jambatan gantung dan infrastruktur lain serta harta benda yang rosak akibat banjir,” katanya pada majlis berbuka berpuasa bersama pemimpin Bersatu Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini sebentar tadi.

Minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Hajiji dalam satu kenyataan bersama menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk meningkatkan pemberian khas tahunan bagi Sabah sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta mulai tahun ini.

Hajiji berkata ia adalah permulaan yang baik untuk Sabah sambil memastikan dana itu akan disalurkan digunakan dengan baik untuk kepentingan rakyat dan negeri.

Pada masa sama, beliau berkata Kerajaan Negeri GRS-BN berazam untuk meneruskan rundingan yang masih berjalan untuk mendapatkan 40 peratus seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Hajiji yang juga Ketua Bersatu Sabah berkata ini adalah antara banyak kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan Negeri GRS-BN selepas hanya tiga tahun memerintah…

Antara yang hadir ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Kewangan
Menteri II yang juga Timbalan Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun,
Setiausahanya, Datuk Mohd Razali Mohd Razi, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Ariffin Arif yang juga Bendari Bersatu Sabah, Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Firdaus Akhbar Khan, Ketua Pemuda (Armada), Fairuz Renddan dan Ketua Wanita (Sri Kandi), Datuk Azizah Dun yang juga wakil rakyat Beaufort.