Kereta Peugeot Musnah Terbakar, Pemandu Sempat Selamatkan Diri | Sabah News

Kereta Peugeot Musnah Terbakar, Pemandu Sempat Selamatkan Diri | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Anggota bomba berjaya memadam api dari sebuah kereta Peugeot. – Foto Ishan Bomba Sabah…

KOTA KINABALU: Sebuah kenderaan Peugeot musnah terbakar di Jalan Putatan – Kota Kinabalu berhampiran Bataras Hypermarket sini tadi.

Walaubagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kira-kira 2.30 petang.

“Operasi pemadaman menggunakan satu (1) aliran salur bantu mula dari jentera.

Sepasukan bomba memadam api dari sebuah kereta Peugeot. – Foto Ishan Bomba Sabah…

“Operasi terkawal pada jam 2.51 petang dan tamat 15 minit selepas itu,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Sementar itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, PKPgB Zeno Tingalan berkata, pemandu kenderaan sempat menyelamatkan diri setelah menyedari marak api pada bahagian enjin.