Jumlah Jangkitan COVID-19 Sabah Sedikit Meningkat Hari Ini | Sabah News

Jumlah Jangkitan COVID-19 Sabah Sedikit Meningkat Hari Ini | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan harian meningkat sebanyak 21 kes hari ini berbanding jumlah semalam dengan jumlah terbaru ialah 79 KES, berbanding 58 kes kelmarin.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Daruk Seri Masidi Manjun berkata, angka kes harian diramal bergerak turun-naik dalam lingkungan 60 – 150 kes sehari.

“Walau bagaimanapun, kadar perubahan angka di hampir semua daerah di Sabah adalah dalam skala yang kecil…

“Hari ini 16 daerah mencatatkan pertambahan kes baharu dan hanya empat (4) daerah merekodkan penurunan kes harian dengan jumlah pertambahan kes baharu bagi Negeri Sabah sebanyak 21 kes.

“Kota Kinabalu kekal satu-satunya daerah di Sabah yang mencatat kes baharu dua angka (26),” kata beliau dalam rumusan harian kes.

Sebanyak 22 daripada 27 daerah mencatatkan kes baharu satu angka dengan 16 daripada daerah tersebut merekodkan 1 atau 2 kes baharu sahaja.

Sementara itu, tidak ada kes baharu di empat (4) buah daerah dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Terdapat dua (2) orang masing-masing dalam Kategori 3 dan 5 manakala tiga (3) lagi berada dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (19 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 26 (22)
Sandakan 6 (4)
Penampang 5 (9)
Beaufort 5 (1)
Tuaran 5 (2)
Semporna 4 (3)
Tawau 4 (1)
Kuala Penyu 2 (0)
Telupid 2 (0)
Papar 2 (5)
Kota Marudu 2 (2)
Keningau 2 (0)
Tenom 2 (2)
Putatan 2 (0)
Kudat 2 (0)
Tambunan 1 (1)
Lahad Datu 1 (1)
Ranau 1 (3)
Kinabatangan 1 (0)
Sipitang 1 (0)
Pitas 1 (0)
Tongod 1 (0)
Kota Belud 1 (0)
Beluran 0 (2)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Kalabakan 0 (0)