Gempa Bumi Landa Kepulauan Filipina, Tiada Ancaman Tsunami | Sabah News

Gempa Bumi Landa Kepulauan Filipina, Tiada Ancaman Tsunami | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar Hiasan…

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 skala Richter telah melanda rantau kepulauan Filipina sebentar tadi.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, susulan gempa bumi tersebut, tiada amaran ancaman tsunami kepada Malaysia dikeluarkan…

Gempa bumi pada pukul 12.24 tengah hari tersebut berpusat pada 7.1 darjah utara dan 127.1 darjah timur dengan jarak 145 kilometer (km) timur dari Davao, Filipina pada kedalaman 71 km.