Bayi Lelaki Cristiano Ronaldo Meninggal Dunia | Sabah News

Bayi Lelaki Cristiano Ronaldo Meninggal Dunia | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





BRITAIN – Pemain bola sepak popular dunia, Cristiano Ronaldo telah mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa bayi lelaki yang baru dilahirkan oleh isterinya, Georgina rodriguez baru sahaja meninggal dunia.

Kenyataan tersebut dimuat naik oleh Cristiano di laman Instagram setelah isterinya telah melahirkan bayi kembar, iaitu seorang bayi perempuan dan bayi lelaki.

Pada Disember lalu, pasangan tersebut mengesahkan bahawa bayi yang dikandung oleh Rodriguez ialah pasangan kembar lelaki dan perempuan menerusi satu video.

“Dengan rasa dukacita, kami ingin memaklumkan bahawa bayi lelaki kami telah meninggal dunia, Ini merupakan kedukaan terbesar yang dirasai oleh mana-mana ibu bapa..

“Hanya kelahiran bayi perempuan kami terus memberi kami semangat untuk mengharungi saat ini dengan harapan dan kegembiraan…

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan jururawat atas semua jagaan dan sokongan mereka. Kami semua kecewa dengan kehilangan ini dan memohon privasi dalam waktu sukar ini,” kata Ronaldo dan Rodriguez.