Ramai Penduduk Palestin Cedera, Rejim Zionis Rempuh Masuk Masjid Al-Aqsa | Sabah News

Ramai Penduduk Palestin Cedera, Rejim Zionis Rempuh Masuk Masjid Al-Aqsa | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Ramai Penduduk Palestin Cedera, Rejim Zionist Rempuh Masuk Masjid Al-Aqsa…

BAITULMUQADDIS – Ramai rakyat Palaestin cedera setelah penduduk Israel bersama dengan pasukan berkuasa negara tersebut merempuh masuk Masjid Al-Aqsa kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku selepas pihak berkuasa Israel telah mengurung beratus-ratus penduduk Palestin di dalam sebuah dewa solat pada dua hari yang lepas.

Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin dalam satu kenyataan berkata, kumpulan pelampau Yahudi menyerang dan menyekat jemaah Islam di dalam dewan solat.

Ianya bertujuan untuk membuka jalan bagi penduduk haram Israel memasuki tapak suci Baitulmuqaddis untuk perayaan Hari Easter.

Polis Israel telah memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa ketika jemaah berkumpul untuk solat Subuh.

Pihak berkuasa Israel berkata, mereka memasuki pekarangan itu pada hari Ahad untuk memudahkan lawatan rutin oleh orang Yahudi di sayap kanan ke tapak suci itu dan mendakwa penduduk Palestin telah mengumpul batu dan memasang sekatan di kawasan tersebut.

Menurut pekerja perubatan Palestin, sekurang-kurangnya 19 orang cedera dalam serbuan tersebut…

Tiga daripadanya dipindahkan ke hospital selepas dipukul atau terkena peluru bersalut getah, demikian menurut Persatuan Palang Merah Palestin.

Organisasi itu berkata, pihaknya telah dihalang daripada mengakses perkarangan itu tetapi berjaya membantu mangsa yang cedera berhampiran Bab Al-Asbat.

Pihak berkuasa Palestin menyalahkan ketegangan semasa di Masjid Al-Aqsa berpunca daripada tindakan polis Israel yang menyerbu masuk dan menimbulkan kekecohan.

“Kami menyeru pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk bersuara dan menghentikan pencerobohan ini yang akan mencetuskan pertempuran di seluruh wilayah Baitulmuqaddis,” kata jurucakap pihak berkuasa, Nabil Abu Rudeineh.