Pesakit Temui Ajal Selepas Doktor Tertinggal Gunting Dalam Perut | Sabah News

Pesakit Temui Ajal Selepas Doktor Tertinggal Gunting Dalam Perut | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Hasil imbasan X-ray mendapati mereka (doktor pembedahan) telah tertinggal gunting di dalam perut pesakit selepas berjaya lakukan pembedahan…

VENEZUELA – Seorang pesakit di sini iaitu Ivan Chavez berusia 59 tahun melakukan pembedahan diverticula yang dideritainya di Hospital Universiti Maracaibo.

Pembedahannya dianggap berjaya, namun beberapa hari kemudian dia mengalami sakit perut yang teruk dan kesukaran makan selain daripada sukar untuk membuang air besar dan kecil.

Susulan daripada kesan tersebut, doktor telah memberinya rawatan lain.

Namun kesakitannya tetap tidak berkurang sedikit pun dan kira-kira empat hari selepas pembedahan tersebut, doktor mengambil keputusan untuk melakukan imbasan  x-ray ke atasnya.

Hasil imbasan itu, doktor mendapati mereka tertinggal gunting di dalam perutnya dan telah membedah perut Chavez sekali lagi untuk mengeluarkannya.

Pembedahan itu berjaya, namun malangnya dia meninggal dunia kira-kira lima hari kemudian dan keluarganya menyalahkan pasukan doktor atas kecuaian yang dilakukan mereka.

Menurut Pigeonexpress, doktor yang melakukan pembedahan ke atas Chavez disabitkan dengan dakwaan melakukan pembunuhan sengaja.