GEMPAR!!! VIDEO TULAR LELAKI DI SERET MYVI | Sabah News

GEMPAR!!! VIDEO TULAR LELAKI DI SERET MYVI | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Tangkap layar seorang lelaki warganegara China cuba berpaut kepada pemegang pintu kereta Perodua Myvi sebelum diheret beberapa meter. – Tiktok

KUALA LUMPUR – Tular di sosial media di mana video seorang lelaki sedang diseret oleh sebuah kereta Perodua Myvi telah menggemparkan para pengguna.

Difahamkan, lelaki tersebut adalah seorang pejalan kaki warganegara China cuba masuk ke dalam Perodua Myvi yang kebetulan lalu di kawasan kemalangan kerana khuatir keselamatan diri terancam oleh orang awam akibat kemalangan.

Kemalangan tersebut membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran sebuah sekolah Cina di Jalan Imbi.

Menerusi rakaman video tersebut, lelaki itu dilihat cuba berpaut pada bahagian pemegang pintu kereta kenderaan sebelum diseret beberapa meter…

Video berdurasi 21 saat itu telah tersebar di beberapa platform media sosial dan mendapat respon ramai netizen.

Susulan kejadian tersebut, lelaki berkenaan kemudian ditahan pihak polis pagi tadi untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 pagi tadi membabitkan dua kereta iaitu Proton Exora dan Toyota Vios, serta dua motosikal dan seorang pejalan kaki.

“Proton Exora yang berada di lorong tengah membrek secara mengejut kerana mengelak seorang lelaki yang tiba-tiba melintas jalan, pada masa Toyota Vios datang dari belakang namun sempat memberhentikan.

“Tiba–tiba sebuah motosikal dari belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar Toyota Vios dan terbabas sebelum melanggar Proton Exora.

“Sebuah lagi motosikal datang dari arah sama kemudian merempuh motosikal yang terbabit kemalangan lebih awal itu,” katanya.

Jelas beliau, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal jenis Yamaha mengalami luka pada muka, manakala penunggang motosikal sebuah lagi motosikal patah kaki kiri.

“Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital HUKM Cheras, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami kecederaan.

“Kes kemalangan ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1978 kerana memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa,” katanya.