Anggota Bomba Parah Dalam Perjalanan Pulang | Sabah News

Anggota Bomba Parah Dalam Perjalanan Pulang | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Mangsa yang cederah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. – Foto ihsan Bomba Sabah…

TENOM, SABAH – Dua lelaki cedera parah dalam pertembungan antara motosikal di Jalan Sapung Kemabong di sini semalam.

Seorang daripada mangsa merupakan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tenom yang sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, menyatakan identiti beliau sebagai Jairi Ambalau, 39, berpangkat Pegawai Bomba Bantuan (PBB).

Katanya, panggilan kecemasan diterima berhubung kes diterima pada jam 8.35 malam.

“Kemalangan melibatkan motosikal Modenas VE1 dan Honda EX5…

“Mangsa lain dikenal pasti sebagai Maik Marutin berusia 20 tahun.

“Pasukan Bomba memberi rawatan awal dan seterusnya menyerahkan kedua mangsa kepada pihak Ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.24 malam.