Sedikit Peningkatan Kes COVID-19 Sabah Berlaku Hari Ini | Sabah News

Sedikit Peningkatan Kes COVID-19 Sabah Berlaku Hari Ini | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes baharu hari ini tidak banyak berubah iaitu kenaikan enam (6) kes dengan catatan 69 KES.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, secara keseluruhan, keadaan adalah stabil.

“Kecuali Kota Kinabalu yang mencatat 20 kes (+8), 18 daerah lain di Sabah merekodkan kes baharu satu angka…

“Dua belas (12) daripada daerah tersebut mencatatkan 1 atau 2 kes baharu sahaja.

“Tidak ada jangkitan baharu dilaporkan di lapan (8) daerah,” katanya dalam rumusan harian.

Katanya, jumlah jangkitan baharu dijangka kekal stabil dalam masa terdekat dengan pergerakan turun-naik angka harian dalam lingkungan antara 60 hingga 150 kes.

Walau bagaimanapun, risiko jangkitan sporadik masih tinggi dengan hampir 58 peratus daripada kes baharu hari ini adalah melalui jangkitan sporadik.

“Penyambungan semula operasi penerbangan antarabangsa ke Kota Kinabalu juga membawa risiko jangkitan daripada luar negeri…

“Tetapi adalah diharapkan protokol kesihatan bagi semua penumpang antarabangsa serta prosedur operasi standard (SOP) yang berkuatkuasa akan dapat mengawal risiko jangkitan tersebut,” tambahnya.

Terdapat seorang pesakit masing-masing dalam Kategori 3 dan 5 manakala dua (2) orang dalam Kategori 4.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (17 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 20 (12)
Penampang 7 (7)
Papar 6 (5)
Tuaran 6 (5)
Putatan 4 (7)
Ranau 3 (0)
Tenom 3 (0)
Kuala Penyu 2 (2)
Lahad Datu 2 (2)
Sandakan 2 (6)
Sipitang 2 (0)
Pitas 2 (0)
Tawau 2 (4)
Kudat 2 (2)
Kota Belud 2 (2)
Semporna 1 (2)
Kinabatangan 1 (0)
Kota Marudu 1 (1)
Beaufort 1 (2)
Tambunan 0 (0)
Beluran 0 (0)
Telupid 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Keningau 0 (4)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (0)