Remaja Kejutkan Penduduk Dengan Muzik Joget Semasa Waktu Sahur | Sabah News

Remaja Kejutkan Penduduk Dengan Muzik Joget Semasa Waktu Sahur | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Tangkap layar video Tiktok dimana sekumpulan remaja menaiki trak pikap cuba mengejutkan penduduk untuk bangun bersahur dengan memasang muzik joget. – TikTok…

JAKARTA, INDONESIA – Sebuah rakaman video yang tular di aplikasi TikTok menunjukkan beberapa orang remaja sedang menaiki kereta pikap memasang lagu joget bagi mengejutkan penduduk untuk bangun bersahur.

Video tersebut tersebar setelah ianya dimuat naik dalam akaun pengguna TikTok bernama @samarinda_etam.

Difahamkan video tersebut dirakam oleh seorang penduduk di bandar Samarinda, wilayah Kalimantan Timur, Indonesia.

Dalam rakaman video tersebut beberapa orang remaja lelaki dan perempuan dilihat menaiki kereta pikap dan menari ketika muzik berkumandang…

Bagaimanapun, seorang remaja perempuan yang turut serta bersama kumpulan remaja tersebut telah dikecam para netizen kerana memakai pakaian menjolok mata sambil menari.

“Semakin tidak sedar, dulu ditempatku dibangunkan berjalan sambil mengucapkan sahur, tapi sekarang?,” kata seorang netizen.

“Kejut orang sahur atau clubbing?’’ tulis seorang netizen…

“Rindu Ramadan tahun 2011, kejut sahur pakai baldi dan kayu pemukul,’’ komen netizen lain.