Pungutan Suara Untuk Autonomi Labuan – PBS | Sabah News

Pungutan Suara Untuk Autonomi Labuan – PBS | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Naib Presiden PBS, Datuk Peter Mak…

LABUAN – Terdapat gesaan baru-baru ini dengan pandangan bercanggah untuk mengembalikan Wilayah Persekutuan Labuan kepada Sabah.

Perkara itu terbit di tengah-tengah dakwaan kegagalan kerajaan persekutuan untuk membangunkan pulau itu seperti yang dijanjikam 38 tahun lalu.

Naib Presiden PBS, Datuk Peter Mak berkata pihaknya memandang perdebatan dan perbincangan yang sedang berjalan dengan prihatin demi masa depan Labuan iaitu sebuah pusat kewangan luar pesisir antarabangsa dan pulau bebas cukai.

“Kami mengakui bahawa Labuan telah membangun di bawah pentadbiran persekutuan, walaupun ia di bawah jangkaan dengan banyak lagi yang perlu dilakukan,” katanya…

Bagi menangani situasi itu, Peter yang juga ketua bahagian PBS Labuan berkata mereka percaya masa depan Labuan boleh terjamin dengan lebih baik dengan memberikannya autonomi dalam menguruskan hal ehwal ekonomi dan pembangunannya sendiri sebagai zon pembangunan khas.

“Ini boleh dilakukan sementara Labuan terus berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan kerana Labuan memerlukan sokongan berterusan kerajaan persekutuan untuk kemajuan dan pembangunannya.

“Bagaimanapun, keputusan penting autonomi dan pembangunan Labuan sebagai zon pembangunan khas mesti dibuat oleh penduduk Labuan sendiri melalui referendum,” kata Mak.

Katanya referendum (pungutan suara) akan memberikan Labuan sebuah peluang untuk melakar nasibnya sendiri selaras dengan agenda pembangunan negara secara keseluruhan dengan ciri-ciri tersendiri yang berbeza daripada wilayah persekutuan saudaranya di Kuala Lumpur dan Putrajaya.