Penunggang Motosikal Maut Dalam Parit | Sabah News

Penunggang Motosikal Maut Dalam Parit | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Motosikal mangsa yang termasuk dalam parit. – Foto Ihsan Bomba Sabah…

PAPAR, SABAH – Penunggang sebuah motosikal jenis Yamaha MT-25 maut terbabas ke dalam parit di Jalan Kuari Bukit Manggis di sini, awal pagi tadi.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar yang tiba sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.58 pagi menemui mangsa lelaki tertindih dengan motosikal terbabit.

“Pasukan Bomba membantu mengeluarkan mangsa dari parit dan menyerahkan mayat kepada pasukan Polis untuk tindakan lanjut,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Pasukan Bomba membantu mengeluarkan mangsa dari parit…(Sumber Foto: Ihsan Bomba Sabah)

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah selaku Pemangku Ketua Polis Daerah Papar, ASP Rosli Rasi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Pegawai Perubatan Hospital Papar.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku pada jam lebih kurang 12.40 tengah malam…

“Mangsa dalam perjalanan dari arah Pekan Papar menuju ke Keningau dan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rosli, hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian mangsa sendiri dengan gagal mengawal kenderaannya.

“Namun, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1)APJ 1987,” tambahnya.