Lori 10 Tan Musnah Terbakar Di Jalan Tenghilan | Sabah News

Lori 10 Tan Musnah Terbakar Di Jalan Tenghilan | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Pasukan Bomba berusaha memadamkan api dari sebuah lori 10 tan yang terbakar di bahu Jalan Tenghilan. – Foto Ihsan Bomba Sabah…

KOTA BELUD, SABAH – Sebuah lori 10 tan yang membawa muatan pasir terbakar sepenuhnya pada bahu Jalan Tenghilan di sini tadi.

Panggilan kecemasan berhubung insiden diterima Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah (PGO) pada jam 12.56 tengah hari.

Jurucakap PGO berkata seorang pemandu lelaki sempat menyelamatkan diri ketika menyedari api mula marak pada bahagian enjin.

Pasukan Bomba berusaha memadamkan api dari sebuah lori 10 tan yang terbakar di bahu Jalan Tenghilan. – Foto Ihsan Bomba Sabah…

“Operasi pemadaman menggunkan dua aliran ‘hose reel’ dan sumber air dari tangki jentera.

“Operasi terkawal pada jam 1.30 dan ditamatkan pada jam 1.36 tengah hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Insiden terbabit turut menjadi viral di laman media sosial ketika jalan raya lebih sesak lagi-lagi dengan perayaan Easter hari ini (Ahad).