KETUA MENTERI HADIR MAJLIS IFTAR BERSAMA MASYARAKAT BATU SAPI | Sabah News

KETUA MENTERI HADIR MAJLIS IFTAR BERSAMA MASYARAKAT BATU SAPI | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan kepada para asnaf di majlis itu…

SANDAKAN, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Iftar Rakyat Bersama Masyarakat Batu Sapi di perkarangan Masjid Wasatiyyah, Jalan Batu Sapi, semalam.

Hajiji turut menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di majlis anjuran parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Batu Sapi.

Hajiji merupakan Pengerusi GRS dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan kepada para asnaf di majlis itu…

Dalam ucapannya Hajiji berkata, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau yakin dengan kerjasama dan perpaduan utuh dalam GRS-BN, calon yang dipilih bertandingan akan memenangi kerusi parlimen Batu Sapi.

“Amat penting kita bersatu padu bersama-sama menghadapi PRU. Jangan kita terus bertelaga dan berpecah diantara satu sama yang lain”, tegasnya…

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbuka puasa bersama pemimpin dan masyarakat Batu Sapi…

Menurutnya, Kerajaan GRS-BN akan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negeri Sabah, agar negeri ini tidak tertinggal dalam aspek pembangunan.

Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr. Ronald
Kiandee, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Pembantu
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Encik Samad Jamri, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Haji Zakaria Mohd.Edris, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Encik Mokran Ingkat, Setiausaha BERSATU Sabah, Datuk Mohamed Razali Razi, Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Encik Khairul Firdaus Akbar, Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin parti-parti komponen GRS, BN dan NGOs.