Garis Panduan Pengurusan Dan Operasi Sekolah 4.0 Akan Dibentang Bulan Ini | Sabah News

Garis Panduan Pengurusan Dan Operasi Sekolah 4.0 Akan Dibentang Bulan Ini | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Datuk Dr Radzi Jidin…

KOTA BHARU, KELANTAN – Menteri Pendidikan Kanan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata Garis Panduan Pengurusan dan Operasi Sekolah 4.0 kini sedang diperhalusi dan akan dibentangkan bulan ini.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) garis panduan itu akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan untuk memastikan keselamatan guru dan pelajar serta melindungi mereka daripada wabak Covid-19.

Jelas beliau, SOP tersebut juga akan meliputi aktiviti kokurikulum yang hanya dibenarkan diadakan di dalam kawasan sekolah sebelum ini.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata pelajar asrama yang merupakan kenalan rapat pesakit Covid-19 tetapi tidak menunjukkan gejala tidak perlu menjalani kuarantin sendiri dan boleh menghadiri kelas seperti biasa.

“Kita berharap guru, ibu bapa dan pelajar sentiasa mematuhi semua SOP yang ditetapkan kerajaan supaya pelajar dapat mengikuti kelas untuk pembelajaran secara bersemuka tanpa perlu melalui sistem giliran lagi,” katanya.