Elak Rebut Kerusi Bagi Pengekalan GRS-BN – Bung | Sabah News

Elak Rebut Kerusi Bagi Pengekalan GRS-BN – Bung | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Dato Sri Bung Moktar Radin…

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah – Barisan Nasional (GRS-BN) tergugat jika parti komponen berebut kerusi parlimen dalam menghadapi Pilian Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang semakin hampir.

Demkian kata Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri semalam.

Beliau berkata walaupun sukar untuk semua pihak mencapai kata sepakat, namun perbincangan perlu diadakan sebelum sebarang keputusan dibuat demi masa depan GRS-BN.

Katanya sebarang pertembungan pada 25 kerusi Parlimen di Sabah sebaik-baiknya harus dielakkan dan oleh itu beliau ada duduk berbincang dengan Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“UMNO mahu PRU-15 diadakan pada tahun ini, iaitu selepas memorandum persefahaman (MoU) di antara kerajaan dan pembangkang tamat pada 31 Julai depan. Tanpa MoU ini bermaksud PRU-15 memang akan diadakan…

“Ia bukan atas kehendak untuk membentuk kerajaan semata-mata tetapi turut melihat keadaan ekonomi negara. Sekarang pelabur kurang datang kerana mereka lihat keadaan politik di Malaysia tidak stabil sebab jika mana-mana parti tarik diri, kerajaan dan Perdana Menteri akan gugur.

“Jadi akan bertukar lagi kerajaan sedangkan sebelum inipun sudah tiga kali kerajaan negara kita bertukar. Keadaan ini tidak baik untuk negara,” kata Bung.

Tambahnya memandangkan tempoh Parlimen sekarang akan berakhir pada Mei tahun depan tidak sampai setahun lagi jika PRU-15 diadakan selepas Julai nanti.

“Kerajaan yang ada sekarang bukan atas mandat rakyat, jadi memang perlu untuk mengadakan PRU dan UMNO berpendapat ia mesti diadakan pada tahun ini,” tegasnya…