Vaksin COVID1-9 Valneva Keluaran Prancis Diluluskan Britain, Lebih Berkesan Dan Tahan Lama | Sabah News

Vaksin COVID1-9 Valneva Keluaran Prancis Diluluskan Britain, Lebih Berkesan Dan Tahan Lama | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Valneva, vaksin yang dihasilkan farmaseutikal Perancis itu dipercayai lebih berkesan melindungi badan daripada jangkitan virus Covid-19…

LONDON, BRITAIN – Valneva, vaksin COVID-19 keluaran farmaseutikal Perancis telah diluluskan penggunaanya di negara Britain kerana ianya lebih berkesan untuk melindungi badan daripada jangkitan virus COVID-19 dan untuk tempoh lebih lama berbanding vaksin lain.

Agensi Kawal Selia Ubat dan Produk Penjagaan Kesihatan Britain (MHRA) meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keenam di negara berkenaan.

Britain adalah negara pertama di dunia yang memberi kelulusan kepada penggunaan vaksin tersebut…

Ia diluluskan untuk penggunaan oleh mereka yang berumur 18 tahun hingga 50 tahun dengan dos pertama dan kedua diambil sekurang-kurangnya dalam sela masa 28 hari.

Menurut Jurnal Perubatan British (BMJ),  Valneva boleh menarik minat mereka yang teragak-agak tentang penghasilan vaksin semasa kerana menggunakan teknologi baharu.

Vaksin Valneva sebaliknya menggunakan kaedah yang lebih ‘konvensional’, kata BMJ.

Ia adalah vaksin nyahaktif virus pertama yang berjaya mendapatkan kelulusan MHRA.

Proses sama  telah digunakan secara meluas dalam pengeluaran vaksin selesema dan polio.

“Sebagai vaksin nyahaktif virus, ia mungkin lebih berkesan dalam tempoh lebih lama apabila lebih banyak varian muncul daripada vaksin yang menyasarkan lonjakan protein ciri-ciri SARS-CoV-2,” tulis BMJ.

Valneva menyatakan bahawa ujian klinikal  pada tahun lepas menunjukkan vaksin itu menghasilkan tindak balas imunisasi lebih kuat dan kurang kesan sampingan berbanding vaksin AstraZeneca.

Syarikat bioteknologi Perancis itu berkata, vaksin mereka menghasilkan antibodi terhadap  varian Delta dan Omicron.