Dua Mangsa Kanak-Kanak Terakhir Ditemui Lemas | Sabah News

Dua Mangsa Kanak-Kanak Terakhir Ditemui Lemas | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Seorang anggota Bomba menyerahkan mayat mangsa kepada pihak Polis…(Sumber Foto: Ihsan Bomba Sabah)

SEMPORNA, SABAH – Kedua-dua mangsa kanak-kanak terakhir yang terlibat dalam insiden bot penumpang yang karam di perairan Pulau Tandoan sini ditemui lemas oleh penduduk kampung ketika operasi pencarian masuk hari ketiga tadi.

Identiti mereka dikenal pasti sebagai Noranis Harimalam, 14, dan Aiman, 6, kedua-duanya berbangsa Bajau.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa telah diserahkan kepada Polis Marin untuk dibawa ke Jeti Guru bagi tindakan selanjutnya sejurus penemuan kira-kira 6 pagi itu.

Katanya kawasan pencariaan agensi tersebut pada hari ini sepatutnya di pesisir Pulau Puno-Puno namun operasi ditamatkan pada jam 8.58 pagi susulan penemuan itu…

Terdahulu pada Khamis, sebuah bot pam yang mengangkut 20 orang penumpang dilaporkan karam pada 9.10 malam.

Penduduk kampung berjaya menyelamatkan 15 penumpang berumur 1 hingga 65 tahun, manakala lima (5) lagi disahkan meninggal dunia.

Had muatan penumpang bagi bot yang terbabit adalah 15 orang pada satu masa.

Susulan itu, Polis telah menahan seorang juragan kapal berumur 64 tahun pada tengah hari kelmarin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304A kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

Bot penumpang itu dikatakan telah karam ekoran cuaca buruk selain melebihi kapasiti penumpang.