Angka Jangkitan COVID-19 Hari Ini Catat Jumlah Terendah Sejak Mei 2021 | Sabah News

Angka Jangkitan COVID-19 Hari Ini Catat Jumlah Terendah Sejak Mei 2021 | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah kembali mencatatkan jangkitan baharu di bawah paras angka 100 hari ini dengan 63 kes.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia merupakan penurunan 38 kes selain angka jangkitan terendah sejak 17 Mei tahun lalu.

“Mengambil kira kadar dan jumlah perubahan angka jangkitan harian di semua daerah, keadaan secara keseluruhan adalah stabil dan terkawal…

“Hari ini 12 daerah mencatatkan penurunan kes jangkitan baharu, sembilnan (9) daerah mencatatkan peningkatan kes dan enam (6) daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

“Kota Kinabalu merupakan satu-satunya daerah di Sabah yang mencatat jangkitan baharu dua angka dengan 12 kes tetapi menurun 21 kes berbanding jumlah sebelumnya,” katanya dalam rumusan harian.

Sebanyak 14 daerah mencatatkan kes satu angka dengan 11 daripada daerah tersebut mencatatkan jangkitan baharu antara 1 hingga 5 kes sahaja.

Tidak ada kes jangkitan baharu di 12 daerah lain iaitu Tambunan, Beluran, Telupid, Ranau, Kinabatangan, Kunak, Nabawan, Sipitang, Pitas, Tenom, Tongod dan Kalabakan.

Hanya dua pesakit berada dalam Kategori 4 dan empat (4) lagi dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (16 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 12 (33)
Penampang 7 (14)
Putatan 7 (5)
Sandakan 6 (10)
Papar 5 (3)
Tuaran 5 (4)
Keningau 4 (2)
Tawau 4 (2)
Semporna 2 (1)
Kuala Penyu 2 (3)
Lahad Datu 2 (2)
Beaufort 2 (7)
Kudat 2 (0)
Kota Belud 2 (1)
Kota Marudu 1 (1)
Tambunan 0 (2)
Beluran 0 (1)
Telupid 0 (1)
Ranau 0 (1)
Kinabatangan 0 (0)
Kunak 0 (1)
Nabawan 0 (2)
Sipitang 0 (0)
Pitas 0 (0)
Tenom 0 (4)
Tongod 0 (1)
Kalabakan 0 (0)