Sebanyak 600 Tiket Perjalanan Ke Angkasa Lepas Telah Terjual | Sabah News

Sebanyak 600 Tiket Perjalanan Ke Angkasa Lepas Telah Terjual | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Konsep kapsul serba mewah Space Prespective, yang akan membawa pelancong menikmati pemandangan angkasa lepas…

WASHINGTON, AS – Sebanyak 600 tiket perjalanan ke angkasa lepas menggunakan sebuah kapsul serba mewah dilaporkan telah terjual sehingga kini.

Perkara itu diumumkan sebuah syarikat dari Amerika Syarikat (AS), Space Perspective, yang menawarkan pakej pelancongan ke angkasa dengan menaiki kapsul Neptune.

Space Perspective memaklumkan telah menjual sehingga 600 tiket untuk perjalanan ke pinggir angkasa yang akan bermula pada 2024, lapor akhbar Metro UK.

Tiket itu berharga AS$125,000 (RM528,687) setiap satu dan pakej tersebut bakal menawarkan perjalanan angkasa sehingga sejauh 32.2 kilometer (km) dari Bumi…

Jarak tersebut bagaimanapun agak dekat berbanding yang ditawarkan oleh syarikat Virgin Galactic dan Blue Origin dengan masing-masing sejauh sehingga 80.5 dan 99.8 km.

Dalam pada itu, Space Perspective dilihat menawarkan pakej yang lebih mewah untuk perjalanan ke angkasa setelah memuat naik ilustrasi kabin Neptune minggu ini.

Kapsul tersebut mempunyai tingkap setinggi 1.52 meter dan tempat duduk yang selesa dan empuk, dikelilingi oleh warna ungu oleh pencahayaan yang terang.

Setiap kapsul mempunyai sambungan WiFi, justeru pelancong akan dapat terus memuat naik gambar-gambar mereka di laman Instagram. Ia juga mempunyai ‘ruang rehat angkasa’ yang membolehkan pelancong memesan minuman dimahukan.