Individu Boleh Buat Ujian RTK Ag Kendiri Secara Maya | Sabah News

Individu Boleh Buat Ujian RTK Ag Kendiri Secara Maya | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar…

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan terdapat alternatif baharu ujian RTK Ag kendiri secara maya,

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, berkata ujian RTK Ag secara kendiri boleh dijalankan oleh individu dengan seliaan oleh pengamal perubatan secara dalam talian.

Ujarnya, perkhidmatan ini merupakan satu inisiatif tele perubatan yang ditawarkan secara digital tanpa memerlukan individu hadir secara fizikal ke fasiliti kesihatan…

“Perkhidmatan ini berdasarkan kepada dokumen yang dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) bagi membolehkan pengguna mendapatkan keputusan ujian RTK Ag kendiri yang disahkan oleh pengamal perubatan dengan lebih cepat.

“Ini akan menjimatkan masa, kos serta mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain,” katanya pada sidang media di Parlimen semalam.

Jelas beliau, seliaan hanya boleh dilakukan oleh pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan MMC.

Bukan itu sahaja, perkhidmatan maya dilaksanakan secara langsung dan bukannya panggilan video Whatsapp bagi mengelakkan berlaku penipuan dalam keputusan ujian sekiranya rakaman video dibenarkan dan pelaporan keputusan ujian RTK Ag Covid-19 hendaklah menggunakan platform e-Covid.

“Semasa sesi konsultasi, pengamal perubatan perlu memastikan beberapa perkara antaranya keperluan pengunaan teknologi dan alatan yang bersesuaian dan mematuhi keperluan privasi pengguna dan memastikan maklumat adalah sahih.

“KKM berharap dengan inisiatif baharu ini dapat memudahkan lagi masyarakat Malaysia dan pengembara melakukan pengujian Covid-19 serta keputusan yang telah ditentusahkan oleh pengamal perubatan,” jelasnya.