Duta Besar Thailand Bertemu Mayor Kota Kinabalu | Sabah News

Duta Besar Thailand Bertemu Mayor Kota Kinabalu | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Noorliza menerima buku resepi masakan Thailand daripada Duta Besar Thailand, Chainarong Keratiyutwong…

KOTA KINABALU, SABAH – Duta Besar Thailand, Chainarong Keratiyutwong, mengadakan kunjungan hormat kepada Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip, kelmarin.

Turut serta dalam kunjungan hormat ini adalah Nongyao Jirundorn, Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (untuk Malaysia dan Brunei), Orndaporn Pewngern. Setiausaha Pertama Kedutaan Diraja Thailand, Datuk Susan Chang, Pengerusi Jawatankuasa KK Vibrant Love, Merangkap Naib Pengerusi Dewan Perniagaan & Industri Antarabangsa Malaysia Sabah (MICCI), Richard Lim, Presiden Federation Of Sabah Industries, Pegawai Kanan DBKK Sr. Lifred Wong dan Abby Mae
Joe.

Noorliza memberi taklimat kepada delegasi itu mengenai Bandaraya Kota Kinabalu dan pada masa yang sama berkongsi tentang Memorandum Bandar Persahabatan antara Bandaraya Kota Kinabalu dan Dewan Wilayah Ratchaburi yang telah ditandatangani pada 3 April 2007.

Pertemuan itu juga membincangkan tentang memperbaharui silaturahim melalui rangkaian dan misi perniagaan…

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa apabila sempadan dibuka, akan ada aliran pelancong
dari Thailand dan sebaliknya.

Katanya, satu bidang yang perlu dikaji dengan segera ialah penerbangan terus antara kedua-dua bandar iaitu Kota Kinabalu dan Bangkok.

Noorliza juga berkongsi dengan Chainarong tentang peluang perniagaan di Sabah dan menggalakkan pelabur Thai datang ke Sabah untuk melabur.

Selain itu, beliau turut menjemput pemain industri kopi Thailand serta komuniti perniagaan untuk datang dan menyertai Pesta Kopi Antarabangsa Sabah yang akan diadakan dari 26 September hingga 2 Oktober 2022.

TYT Chainarong juga mengambil kesempatan untuk berkongsi tentang banyak tempat menarik untuk dilawati di Thailand dan khususnya Pameran Makanan Antarabangsa di Thailand (THAIFEX) yang akan akan diadakan dari 24 hingga 28 Mei 2022 di Bangkok.

Mereka yang hadir sangat gembira apabila mengetahui Chainarong akan mendaki Gunung Kinabalu pada hujung minggu ini.