COVID-19: Sabah Catat 101 Kes Baharu | Sabah News

COVID-19: Sabah Catat 101 Kes Baharu | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Trend kes harian menurun Sabah sejak beberapa hari terhenti apabila jumlah jangkitan baharu naik 117 kes…

KOTA KINABALU: Jumlah jangkitan baharu menyusut 21 kes berbanding semalam membawa kepada jumlah keseluruhan 101 kes hari ini.

Sebanyak 13 daerah mencatatkan penurunan jumlah jangkitan berbanding tujuh (7) daerah yang mencatatkan pertambahan kes baharu. 

Tujuh (7) daerah lagi kekal sebagaimana catatan semalam.

Tidak ada kes jangkitan baharu di lima daerah, iaitu Kinabatangan, Sipitang, Pitas, Kalabakan dan Kudat.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tiga (3) daerah mencatatkan kes dua angka hari ini, iaitu Kota Kinabalu 33 (-10), Penampang 14 (+10) dan Sandakan 10 (kekal).

“Sebanyak 19 daerah mencatatkan kes harian satu angka dimana lapan (8) daripada daerah tersebut hanya merekodkan satu kes baharu. 

“Risiko jangkitan kekal tinggi dengan peratusan jangkitan sporadik pada 58 peratus…

“Kluster Jalan Tambalang, Tuaran ditamatkan hari ini dan ini bermakna tidak ada lagi kluster yang aktif di Sabah,” katanya dalam rumusan harian kes.

Terdapat dua (2) kes masing-masing dalam Kategori 3, Kategori 4 dan Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin.

Kota Kinabalu 33 (43)

Penampang 14 (4)

Sandakan 10 (10)

Beaufort 7 (2)

Putatan 5 (0)

Tenom 4 (6)

Tuaran 4 (6)

Kuala Penyu 3 (3)

Papar 3 (18)

Tambunan 2 (2)

Lahad Datu 2 (3)

Nabawan 2 (0)

Keningau 2 (2)

Tawau 2 (5)

Semporna 1 (0)

Beluran 1 (0)

Telupid 1 (3)

Ranau 1 (2)

Kota Marudu 1 (7)

Kunak 1 (2)

Tongod 1 (0)

Kota Belud 1 (1)

Kinabatangan 0 (0)

Sipitang 0 (1)

Pitas 0 (1)

Kalabakan 0 (1)

Kudat 0 (0)