KTC Sumbang 20,000 Roti Kepada Masjid Di 13 Daerah  | Sabah News

KTC Sumbang 20,000 Roti Kepada Masjid Di 13 Daerah  | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Lau (kiri) menyampaikan roti Gardenia/Creamos kepada Haji Abd Jamal di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, hadir sama Haji Awang Juri (tiga dari kanan)…

KOTA KINABALU, SABAH – Sempena bulan Ramadan ini, Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad, pengeluar makanan terkemuka di negeri Sabah telah menyumbangkan sebanyak 20,000 roti Gardenia/Creamos ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Likas dan beberapa masjid daerah di negeri ini.

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dexter Lau kepada Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Haji Abd Jamal Tun Haji Sakaran.

Antara masjid daerah yang menerima sumbangan berkenaan ialah Masjid Daerah Kudat, Kota Marudu, Ranau, Beluran, Sandakan, Tawau, Semporna, Telupid, Keningau, Tenom dan Tambunan.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Masjid, Wilayah dan Daerah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Haji Awang Juri Awang Tahir.

Lau (kanan) bersama Haji Abd Jamal menyusun roti Gardenia/ Creamos yang akan diedarkan ke masjid-masjid di 13 daerah hari ini…

Lau ketika ditemui media, berharap, dengan adanya roti Gardenia/Creamos ini ia dapat membantu mereka yang berbuka puasa.

“Dalam memasuki fasa endemik ini, saya berharap masyarakat dapat menjalankan aktiviti harian dengan sepenuhnya, saling berkerjasama dan saling bantu-membantu kepada golongan yang memerlukan bantuan makanan,” katanya.

Lau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak di atas sokongan diberikan kepada KTC sehingga menjadi syarikat yang kukuh.

“KTC akan menyambut perayaan ulangtahun yang ke-84 tahun, yang mana perniagaan ini telah diwarisi oleh tiga generasi (Lau),”ujarnya…

Lau dalam sesi temubual baru-baru ini mengatakan beliau juga akan menunggu untuk meraikan perayaan ulang tahun yang ke-100 tahun dan seterusnya.