KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR THAILAND DAN PENGURUSAN SK NEXILIS KOREA SELATAN | Sabah News

KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR THAILAND DAN PENGURUSAN SK NEXILIS KOREA SELATAN | Sabah News

Kongsikan Berita Ini

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berbincang dengan TYT Chainarong Keratiyutwong semasa kunjungan hormat itu…

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Thailand ke Malaysia, TYT Chainarong
Keratiyutwong di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Ini merupakan kunjungan pertama Chainarong ke Sabah.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima cenderamata daripada TYT Chainarong Keratiyutwong semasa kunjungan hormat itu…

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan pengurusan atasan syarikat SK Nexilis dari Korea Selatan bersama Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr.Joachim Gunsalam…

Rombongan Nexilis terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SKC Co.Ltd, Encik Park Woncheol, CEO SK Nexilis Co.Ltd, Encik Yi Jaehong dan CEO SK Nexilis (Malaysia) Sdn.Bhd, Encik Shin Dong Hwan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cendermata kepada Encik Park Woncheol…

SK Nexilis merupakan syarikat pengeluar kerajang tembaga untuk bateri kenderaan eletrik (EV), melabur sebanyak RM4.2 bilion untuk membina kilang pengeluaran pertama luar negaranya di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Kilang kerajang tembaga itu kini sedang dalam pembinaan di kawasan seluas 100 ekar di KKIP, dan dijangka siap akhir tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Timbalannya, Datuk Dr.Joachim Gunsalam berbincang bersama Encik Park Woncheol (dua dari kiri) dan Encik Yi Jaehong…

Kilang itu akan memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan Sabah. Daripada 400 peluang pekerjaan yang akan diwujudkan, 80 peratus pekerjanya akan diisi oleh anak-anak tempatan, termasuk golongan profesional…

Hajiji semasa melawat dan meninjau tapak pembinaan kilang itu di KKIP pada 17 Mac lalu berkata, SK Nexilis merupakan antara projek inisiatif pelaburan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang mula menampakkan hasil di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian.

“Pelaburan SK Nexilis akan memberi impak yang positif kepada sosio ekonomi Sabah khususnya dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, logistik dan rantaian yang berkaitan”, katanya.