KENAIKAN GERAN KHAS PERSEKUTUAN PETANDA BAIK BAGI SABAH – KM HAJIJI | Sabah News

KENAIKAN GERAN KHAS PERSEKUTUAN PETANDA BAIK BAGI SABAH – KM HAJIJI | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor…

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri mengalu-alukan kenaikan Pemberian Khas Kerajaan Persekutuan untuk Sabah.

“Ia satu perkembangan yang sangat baik untuk Sabah. Bagaimanapun, rundingan 40 peratus seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 masih diteruskan,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor…

“Ia menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan bersedia untuk mendengar kami. Ini adalah petanda positif,” katanya, sambil menambah bahawa kenaikan empat kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta mulai tahun ini benar-benar memberi manfaat kepada Sabah.

“Ia pasti akan membantu untuk mendorong agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini…

Terdahulu, Ketua Menteri menghadiri mesyuarat berkenaan MA63 khususnya mengenai Pemberian Khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui sidang video.

Perdana Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg turut hadir.