Kedudukan Semasa Jangkitan COVID-19 Di Semua Daerah Sabah Stabil | Sabah News

Kedudukan Semasa Jangkitan COVID-19 Di Semua Daerah Sabah Stabil | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan susut 36 kes berbanding angka semalam untuk mencatat 122 KES baharu hari ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, secara keseluruhannya, kedudukan semasa di semua daerah di Sabah adalah stabil.

“Hanya 3 daerah mencatat kes baharu dua angka hari ini, iaitu Kota Kinabalu 43 kes (+1), Papar 18 kes (+3) dan Sandakan 10 kes (-14)…

“Sebanyak 17 daerah merekodkan kes baharu satu angka sementara 7 daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Beliau berkata peratusan jangkitan sporadik juga telah menurun kepada 51.6 peratus hari ini.

Terdapat tiga orang pesakit baharu dalam Kategori 3, dua dalam Kategori 4 dan seorang lagi dalam Kategori 5 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (13 April 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 43 (42)
Papar 18 (15)
Sandakan 10 (24)
Kota Marudu 7 (3)
Tenom 6 (6)
Tuaran 6 (6)
Tawau 5 (5)
Penampang 4 (13)
Kuala Penyu 3 (4)
Telupid 3 (4)
Lahad Datu 3 (4)
Tambunan 2 (3)
Ranau 2 (6)
Kunak 2 (2)
Keningau 2 (2)
Beaufort 2 (7)
Sipitang 1 (1)
Pitas 1 (0)
Kalabakan 1 (0)
Kota Belud 1 (4)
Semporna 0 (2)
Beluran 0 (0)
Kinabatangan 0 (1)
Nabawan 0 (1)
Tongod 0 (0)
Putatan 0 (0)
Kudat 0 (3)