Kumpulan Pemisah Pro-Rusia Dakwa Berjaya Tawan Bandar Mariupol | Sabah News

Kumpulan Pemisah Pro-Rusia Dakwa Berjaya Tawan Bandar Mariupol | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Seorang pemimpin kumpulan pemisah pro-Rusia, Denis Pushilin berkata pada Isnin bahawa pasukannya telah menawan bandar pelabuhan strategik Mariupol di Ukraine…

MOSCOW, RUSIA – Bandar pelabuhan strategik Mariupol di Ukraine, dikatakan telah ditawan oleh kumpulan pemisah pro-Rusia baru-baru ini.

Perkara tersebut didedahkan pemimpin kumpulan pemisah pro-Rusia, Denis Pushilin. Beliau mendakwa pasukannya telah menawan bandar pelabuhan strategik tersebut pada Isnin.

“Mengenai pelabuhan Mariupol, ia sudah pun berada di bawah kawalan kami,” kata Pushilin dalam satu kenyataan…

Tentera Rusia telah lebih sebulan mengepung bandar Mariupol di pantai Laut Azov.

Beribu-ribu orang awam dipercayai terkorban sejak bermulanya operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine.

Pada awal Isnin, Pushilin memberitahu wartawan bahawa pihak yang mempertahankan Ukraine berada di kilang-kilang di bandar itu.

“Musuh telah menumpukan pasukannya di kilang-kilang seperti Azovstal, Zavod Ilyicha dan AzovMash,” katanya kepada pemberita di Donetsk iaitu ibu kota de-facto di wilayah itu seperti dilaporkan AFP.

“Bagi pusat bandar, unsur-unsur kehidupan yang aman sudah pun dipulihkan. Ia adalah langkah pertama,” tambahnya lagi.

Pushilin berkata, pasukan pemisah akan memperhebatkan pertempuran di timur Ukraine.