Kes Pertama Varian Omicron XE Telah Dilaporkan Di Jepun | Sabah News

Kes Pertama Varian Omicron XE Telah Dilaporkan Di Jepun | Sabah News

Kongsikan Berita Ini





Gambar Hiasan…

TOKYO, JEPUN – Kes pertama varian Omicron XE telah dilaporkan di Jepun melibatkan seorang wanita yang tiba di lapangan terbang Narita, Tokyo pada 26 Mac.

Wanita berusia 30-an itu tinggal di Amerika Syarikat dan tidak menunjukkan sebarang gejala ketika tiba di lapangan terbang, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan pada Isnin, tanpa menyatakan kewarganegaraannya.

Sebelum ini, wanita itu sudah menerima dua suntikan vaksin Pfizer Inc, tetapi disahkan positif varian itu ketika menjalani ujian saringan di lapangan terbang, menurut Agensi Berita Kyodo.

Wanita itu kemudiannya menerima rawatan di pusat kesihatan sebelum dibenarkan keluar setelah tempoh kuarantin tamat.

Strain XE merupakan gabungan subvarian BA.1 dan BA.2 Omicron…

Menurut laporan, kadar kebolehjangkitannya 12.6 peratus lebih cepat berbanding BA.2, meskipun butiran lanjut mengenai varian baharu itu belum diketahui.

Kira-kira 1,100 kes varian XE direkodkan di Britain setakat 5 April, menyumbang kurang satu peratus jangkitan di negara itu.